Adik-adik!
Anda semua tentu sudah tahu mengenai lebah madu. Mungkin kebanyakan daripada kamu pernah melihatnya di dalam cerita kartun dl TV, atau, mungkin dalam kehidupan sebenar, berdesing-desing ke sana, ke mari. Tetapi saya yakin masih banyak tentangnya yang kamu masih tidak tahu... Tahukah kamu bahwa lebah madu, seperti pakar kimia, membalut bahan-bahan berbahaya dl dalam sarang mereka dengan sejenis bahan khas untuk perlindungan daripada kuman-kuman? Tahukah kamu terdapat pembahagian tugas yang sempurna dl kalangan lebah-lebah madu? Tahukah kamu bahawa sebahagian mereka membersihkan sarang, sementara yang lain pula membina indung-indung madu, dan yang lain pulang menghasilkan madu yang lazat? Tahukah kamu bahawa lebah madu, seperti ahli matematik, membina indung-indung madu yang sempurna dengan membuat pengiraan sudut dalaman yang baik? Tahukah kamu bahawa 17 ribu lebah madu parlu menghinggapi 10 juta bunga untuk menghasilkan hanya setengah kilo madu asli? Ini hanyalah sebahagian daripada beribu-ribu sifat-sifat menakjubkan lebah madu. Adakah anda mahu melihat dengan lebih dekat sifat-sifat lebah madu yang menakjubkan ini dan mempelajari bagaimana mereka memperoleh perlakuan-perlakuan yang bijaksana ini? Jika kamu mahu, teruskan membaca buku ini!
0 comments:
Post a Comment